Thursday, March 25, 2010

Batik Shirred Dress

Tengok gambar model kat atas ni.Ada gaya gadis melayu tak?heheh...saja edit gambar hitam putih.Nak bagi nampak macam gambar mak2 kita zaman dolu2...lagipun projek saya yang terbaru ni saya jahit gunakan kain batik.Ala2 tradisional la sikit kali ni...Ini sebenarnya kain lebih yang diberi oleh kakak saya.Bila tengok kain ni ngam2 je untuk buat dress Aleesya,saya pun mulalah google kat internet nak cari idea.Last2 dapatlah idea dari sini.

So,terhasillah batik shirred dress ni.Ok tak?Agak mencabar jugak lah nak jahit dress ni.Sebab ni first time saya jahit guna benang elastik.Sebelum jahit, sempat juga saya study tutorial dari Tinihani.(tq so much Tini..:)

Tapi tak berapa puas hati lah dengan hasilnya,SEBAB:
  1. Kedutan yang terhasil tu tak berapa cantik,macam tak sama.kejap besar kejap kecik...
  2. Benang bawah asik nak bersimpul je masa tengah jahit
  3. Lebihan benang elastik yang kat sebelah dalam tu agak berserabut,tak tahu nak ending macamana (macam filem plak ada ending2 ek..)

Anyway,saya seronok sangat bila dah berjaya jahit dress ni walaupun berpeluh2 jugak la nak siapkan.Rasa macam nak buat lagi satu...tapi,boleh tak sape2 yang ada pengalaman jahit dress ni share tip dengan saya?luv u all.......

Friday, March 19, 2010

Shopping kain lagi!


Hehe...saya shopping kain lagi! Kain2 yang dulu pun banyak yang belum diprojekkan lagi...takpe2,untuk tambah koleksi.Nanti kalau nak buat apa2 senang,kain dah ada,betul tak kawan2?Kain2 ni saya shoping kat...........mana lagi?Nagoya Textile la....ni semua aktiviti masa balik kampung kat Kedah baru ni.Jom tengok kain2 yang saya shopping tuuu..

Yang ni jenis heavy cotton.Suka corak katun2 ni.cute sangat!Rasanya sesuai kalau buat beg kot..

Yang ni kain cotton flannel.Satu corak bunga2,satu lagi corak kepala rabbit.Plan nak buat sarung bantal peluk Aleesya.Ok tak?

Dan yang ni kain cotton biasa.Nak buat blaus untuk mamaleesya..

Emm,harap2 tercapai la cita2 yang besar ni:|

Saturday, March 06, 2010

Bestnyerr... Cameron Highlands

Tentu ramai yang dah pernah pergi ke Cameron Highlands kan?Bagi saya, ni first time saya sampai ke sana.Excited sangat nak tau macam mana keadaan dan suasana kat Cameron Highlands ni.Sebenarnya kami pergi melancong ke sana minggu lepas lagi,26/02/10, hari jumaat (cuti Maulidur Rasul).Tapi disebabkan busy bangat (refer entry sebelum ni),baru sekarang saya dapat buat entry ni.Kami pergi ikut Tapah tapi balik ikut Simpang Pulai.Sebabnya,saya tak tahan jalan Tapah yang sangatlah bengkang-bengkok tu (pening!!@#$%^&).Oklah,tak nak citer banyak2,jom tengok saat2 indah kami kat sana...cewah...

Hari pertama
Bertolak dari rumah pukul 10.00 pg dan sampai dalam pukul 5.00 ptg.Check in kat hotel,pastu tido dengan Aleesya, penat...
Malam tu pegi jalan2 kat pasar malam Brinchang.Meriah sangat..macam2 ada dijual di sana.Strawberi?of course la..bukan setakat buah strawberi,kusyen,bantal peluk,anak patung,hair clip,fridge magnet,stokin,gloves,payung...pendek kata semua benda berasaskan strawberi! awww...suker sangat!Tapi tak sempat nak snap gambar sebab keadaan yang sangat sesak.

Hari Kedua
Pagi ni kami plan nak pergi ke Kea Farm,tapi jalan jem yang teramat teruk dan kalau pergi pun konfem tak ada parking.

Ni lah rupa jalan yang jem tu.Panjang lagi kat depan tuuu..So,terpaksa la tukar haluan ke Cactus Point.
Kat sini terdapat ratusan jenis pokok kaktus yang bermacam2 bentuk dan rupa.Kalo peminat kaktus datang kat sini boleh histeria rasanya.Dari saiz yang paling kecik sampailah ke saiz yang besar punya! he2..Selain dari kaktus ada juga dijual pokok2 bunga yang berwarna-warni.Dah puas tengok semua jenis kaktus yang ada kat sini,saya pun belilah 6 pokok kaktus yang sangat cute.6 pokok ni RM10 je harganya.

Destinasi seterusnya, kami pergi pulak ke Fragrance Nursery.Kat sini dijual pelbagai jenis pokok2 bunga dan hiasan,pasu,baja,tanah dan macam2 lagi la yang ada kaitan dengan hobi berkebun ni.
Dah penat jalan2,kami pergi makan kat Tanah Rata.Dan perjalanan diteruskan pulak ke Bharat Plantation.
Haa,kat sini lah kita boleh tengok ladang teh yang sangat luas, saujana mata memandang.Selain tu,kita juga boleh shoping teh di Tea Shop yang ada macam2 jenis dan perisa.Ada perisa oren,strawberi,grape dan macam2 lagi. Stesen berikutnya...balik hotel dan rehat!
Malamnya kami pergi lagi ke pasar malam!yey..suka..kali ni saya beli strawberi salut coklat!emm,yummy..my hubby plak beli sayur kincam goreng celup tepung.Aleesya pulak asyik nak..nak..nak.. bila nampak sweet corn yang dalam cup tu.. selebihnya kitaorang jalan2, shoping sikit2 dan balik tidoooo....

Hari Ketiga
Pagi2 lagi kami dah bangun dan bersiap.Takut terperangkap dalam jem macam semalam..(kalo jem strawberi okla jugak..).Tapi nampaknya pagi2 ni jalan masih clean and clear.So, dapatlah kami pergi ke Kea Farm dengan jayanya.Kea Farm ni macam pasar,yang menjual pelbagai jenis sayur dan bunga2an yang segar-bugar semuanya.Eee,geramnya tengok!rasa macam nak borong semua je..

Dah abis shoping sayur sikit2,perjalanan diteruskan pulak ke tempat yang saya excited sangat nak pergi.Nak tau kat mana?Strawberry Farm!!
Haa,kat sini kita boleh masuk dan petik sendiri buah strawberi sebanyak mana yang kita nak..eh,tak..tak..setakat setengah kilo je.Bayarannya pulak adalah RM20.
Emm,tengoklah budak kecik tu,kecik2 lagi dah pandai petik buah strawberi!

Bergambar bersama hasil tuaian (biasa tuai kat Farmville je..sekali dapat tuai betul2..syoknyer!!)

Okla,nampaknya dah sampai masa untuk kami meninggalkan Cameron Highlands...huhu..tak nak balik lagi! Akhirnya kami pun bertolak pulang ke Kerayong Highlands...
Itulah catatan saya sepanjang berada di sana dan menjadi pengalaman manis untuk kami sekeluarga..babai Cameron,see u again!


Wednesday, March 03, 2010

Minggu yang sangat sibuk...

gambar ni pinjam kat pakcik google
Wah..lama betul saya tak update blog ni..ada yang rindu ke?(hehe..perasan pulak..)
Sebenarnya saya busy sangat dan tak sempat nak update blog..Niat di hati nak buat entry pasal percutian saya ke Cameron Highlands minggu lepas.Tapi,nanti dulu la ye..tungguuu!!!
Sebenarnya banyak kerja2 tertangguh saya yang tak berjaya nak disiapkan lagi.
Balik dari bercuti ke Cameron minggu lepas, mak dan ayah saya dari kampung datang ke rumah (hari isnin)...so,niat nak post entry yang terbaru terpaksa la dipostpone dulu. Semalam pulak (hari selasa), saya bersama2 dengan AJK rumah sukan bertungkus-lumus menghias khemah kami untuk acara sukan tahunan sekolah (saya rumah merah tau...) Dekat pukul tujuh malam baru balik rumah. Aduh,letih sangat!

Dan hari ini (hari rabu) Sukan Tahunan Sekolah..Pagi2 lagi saya dah pergi ke khemah sukan dan tambah2 lagi hiasan apa yang patut.Final touch la tu kiranya..lepas tu tolong uruskan budak2 perbarisan dan lepas tu kena jadi penjaga masa acara larian.Dan keputusannya....................
Rumah merah telah memenangi pertandingan hiasan rumah sukan TERBAIK!!
Hah..berbaloi penat lelah saya dengan budak2 tu semua.
Ok,habis citer pasal sukan.Minggu depan pulak budak2 sekolah akan mula UP1(Ujian Penilaian 1). Saya ditugaskan untuk buat soalan Science Form 3 dan Pendidikan Sivik Tingkatan 1 dan mesti siap sebelum hari jumaat (esok la tu..waa!tak start buat pun lagi ni!)
Ada lagi...saya nak kena siapkan Fail Peribadi Pelajar,PEKA,Senarai Semak,hias kelas,bla bla bla...)
Arggh!!! mampukah diri ini?ok,ok,saya stop dulu untuk mulakan kerja saya ye..
And no more sewing project for this moment...:-(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews