Friday, April 30, 2010

Tutorial: Barut Gantung Baby

Pernah tak tengok barut gantung untuk baby? Biasa kita guna barut yang ada 3 layer tali,pastu ikat kat perut tu kan? Haa,kali ni saya nak tunjukkan macamana nak jahit barut gantung.Barut jenis ni dah tak ramai orang pakai.Tapi dalam famili saya,bila baby dah masuk 3bulan ke atas memang kitaorang gunakan barut gantung ni,sebab baby dah mula aktif.Kalau barut yang biasa tu asik nak melurut ke bawah je...lagi satu barut jenis ni memang elok untuk elakkan baby dari kembung perut...ok,jom kita tengok camne nak jahit barut ni...1. Mula2, potong kain ikut bentuk macam ni.Kalau nak senang, bentukkan dulu guna kertas suratkhabar,pastu tekap pada kain,sematkan jarum peniti dan gunting.Buat 2 keping ye..Sediakan juga 4 keping kain untuk buat tali.Ukuran 1"x 15" (nak panjang lagi pun boleh...)2. Ok,kita buat tali dia dulu..lipat macam ni dan jahit.....Jahit keempat2 tali tu dan hasilnya jadilah macam ni...3. Langkah seterusnya,temukan kedua2 sebelah luar kain dan pinkan tali yang dah dijahit tadi pada setiap penjuru.ish,boleh paham ke ni?takpe,tengok jelah gambar ni ek...yang ni penjuru di bahagian atas (untuk ikat pada leher...)dan yang ni pulak penjuru sebelah tepi (untuk ikat ke belakang)4. Ok,dah pinkan keempat2 tali di setiap penjuru, pinkan pulak jarum peniti ke sekeliling kain supaya senang kita nak jahit nanti.Kain akan nampak menggelembung sikit sebab kita dah letakkan tali di sebelah dalam5. Sekarang boleh lah jahit sekeliling kain tadi.Jangan lupa tinggalkan sikit ruang macam ni untuk kita terbalikkan barut

6. Bila dah terbalikkan barut tadi, jahit tindih di sekeliling barut supaya nampak kemas dan cantik.
7. Tadaaa...ha, nilah rupa barut gantung yang dah siap. Tali yang kat atas tu ikat pada leher (macam pakai apron tu..) dan tali yang kat sebelah kiri dan kanan tu ikatkan ke belakang (kalau tali panjang, ikat sekali lagi ke depan,baru dia betul2 kemas)

Barut ni saya buatkan untuk anak sedara saya, baby Sofea. Baru nak bagi kat mak dia esok..so,takde lah gambar model yang menggayakannya ye..

Harap2 boleh faham lah tutorial saya yang tak seberapa ni..heheh..maklumlah first time wat tutorial.Kalau ada mana2 bahagian yang tak paham tu,silalah tanya ye..saya sedia membantu..cewah..:)

Monday, April 26, 2010

My Pinky Tupperware


Cantik tak tupperware kat atas ni? Nilah koleksi tupperware saya yang terbaru....PINK!!
First time tengok memang teruja sangat2..akhirnya terus terbeli...heheh... walaupun tak tahu lagi nak letak apa (sebenarnya sayang nak guna..)
So, kepada peminat2 pink sekalian,cepat2 lah dapatkan tupperware ni ye..dengan harga RM94 sahaja!promosi berakhir sehingga 15 Mei...wah,dah macam iklan kat tv plak...ataupun bleh juga kalau nak order dengan saya ;)

Saturday, April 24, 2010

Gembiranya dapat award!!

Hai,rasanya dah 3 minggu saya tak update blog ni...sebabnya,macam biasalah busy,tak ada idea dan tak ada mood nak menjahit...ish..ish..ish..tak produktif betul lah dua tiga menjak ni...

Tapi kan,di suatu petang yang indah,tatkala saya melihat di chatbox saya kat tepi ni,tiba2 ada insan yang sudi memberi award kepada saya! dan ini adalah award saya yang pertama! thank you Lela...hehe terharu la bila ada orang yang menghargai kerja kita...

Sunday, April 04, 2010

Crochet Sunhat

Yeeha!! Mood mengait datang lagi!! Dan inilah hasil terbaru saya..crochet sunhat..

Dan ini gambar model,bukan nak tunjuk topi,tapi tunjuk gigi!haha..

nota kaki: entry yang paling sikit tulisan, sebab takde idea la malam ni..hehe

Saturday, April 03, 2010

Kawan baru saya

Hi,hari ni nak buat entry pasal kawan baru saya.Kawan baru yang saya baru kenal dan baru je dapat semalam.So, semalam saya dan hubby ke Temerloh untuk jemput kawan baru saya ni balik ke rumah.Kawan saya ni,walaupun asalnya dari Temerloh tapi no IC nya dari Kedah (awat lagu tu no?) Ini hubby saya la punya idea nak daftarkan no IC nya di Kedah. Emm, apa-apa jelah....

Nak tahu ke siapa kawan baru saya tu?
:-)

:-)

:-)

:-)

:-)

Haa,ni lah dia! Comel tak?
Sebenarnya,saya pun baru je nak mengenali hati budi kawan saya ni.So, petang tadi saya cubalah bawa dia jalan2 di bawah rintik2 hujan...awww...romantiknya! (tu yang basah sikit kat depan tu) Ni lah no ic dia...(KCR stand for Kereta Comel Rosmalia) heheh...8081 tu tahun lahir saya dan my beloved hubby...

Thursday, April 01, 2010

Handphone case Asilah

Handphone case ni adalah order dari seorang customer,namanya Asilah (ex-student hubby saya). So kombinasi warna yang ceria ni pun atas permintaannya sendiri.Teknik yang saya gunakan adalah dc,hdc dan sc.Dan untuk menceriakan lagi handphone case ni saya jahitkan felt flower dan button....harap2 Asilah sukalah dengan hasilnya ni.....

p/s: ada yang berminat ke?he2..boleh la email saya ye... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews