Saturday, January 10, 2015

Aleesya dah darjah satu...

Assalamualaikum....
Pagi tadi pergi daftar Aleesya nak masuk darjah satu...macam tak caya je Aleesya dah darjah satu...rasa macam kecik je lagi budak ni....hehe...teringat pulak masa mula2 berblog dulu....masa tu umur Aleesya setahun lebih....nama blog saya waktu tu pun sempena nama Aleesya, "mamaleesya@home". Maklumlah....waktu tu anak sorang, so, segala-galanya Aleesya. Kalau tengok balik post2 saya yang lama, memang banyak cerita pasal puteri saya yang sorang ni...hehe...bila dah ada adik, mamanya pulak dah mula malas nak berblog....huhu....kesian kat adik...kurang dieksploitasikan oleh mama....hahaha...

 Kejap je masa berlalu...sedar2 dah masuk darjah satu dah kakak icha ni....adik pulak dah dua tahun...mama pulak?? hihi...rahsiaaa...

 Sempat berselfie sebelum nak ke sekolah pagi tadi....ehehehe.....siapa yang nampak paling gembira kat dalam ni ye?:D

Oklah, ni cerita pagi tadi, lebih kurang pukul 9.00 pagi pendaftaran bermula. Lepas tu pelajar2 Tahun satu diminta duduk dalam kelas masing2 untuk mendengar maklumat2 yang nak disampaikan oleh guru kelas...waktu ni ibubapa semua dijemput untuk mendengar taklimat dari guru besar dan beberapa orang guru lain. First time anak masuk darjah satu ni memang kusyuk la mendengar konon2nya kan...hehe...abah Aleesya pulak waktu ni pergi ambil buku teks. 

Dah selesai dengar taklimat, saya terus pergi ke kelas semula nak tengok keadaan Aleesya ok ke tak...tak ada masalah pun dia kat dalam kelas tu sebab kebanyakan kawan2 sekelas tu semuanya dah kenal masa belajar di PASTI dulu....cuma, biasalah Aleesya ni kan malu2....diam je dia kat dalam kelas....tapi walaupun diam, saya boleh nampak dia gembira sangat...mana taknya, hari ni semuanya serba baru, dari atas sampai ke bawah...dan yang paling dia seronok sekali tentulah beg frozen yang dah lama sangat minta nak beli......kembang kempis hidung masa mula2 nak tarik beg tu ke kelas......ekekeke...

Dah selesai semua urusan di kelas, lebih kurang pukul 11 lebih dah boleh balik.....yeayy!! ni bukan saya yang cakap...tapi budak2 tu lah yang cakap....heheh...
So, majlis pun bersurai....tapi kami tak terus balik...kami terus ke sekolah saya pulak....sebab saya bertugas untuk serahkan duit Brim pada ibubapa pelajar sesi 2015...

Oklah, dah panjang sangat dah entri kali ni....nanti ada yang menguap pulak sebab boring kan....heee...:)

Ok, layan gambar dulu ye....




 Alhamdulillah....mama dan abah harap kakak icha seronok belajar di sekolah baru dan kami doakan semoga kakak menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat...amin....

Tuesday, January 06, 2015

Tutorial ~ Jahit sarung tudung saji

Assalamualaikum semua...

Apa khabar anda semua? harap semuanya sihat2 belaka.......sebenarnya dah lama saya peram hasrat nak buat tutorial sarung tudung saji ni....baru hari ni tercapai hasrat yang murni tu....hehe...takpelah biar lambat asalkan selamat kan...:)

Mula2 tercetus idea nak buat sarung tudung saji ni, bila saya ternampak ada seorang rakan fb yang post cara2 nak jahit sarung tong sampah di satu group yang saya join di fb...tengok macam cantik je....nak buat pun senang dan cepat........ok, kalau nak tahu macam mana nak buat sarung tudung saji ni....jom follow....:)
1. Potong 4 keping kain yang sama saiz. Ikut saiz tudung saji masing2....saya guna tudung saji yang paling kecil. Saya potong 4 keping ni sebab nak buat coraknya berselang-seli. Kalau anda nak satu corak je, tak perlu lah 4 keping, potong sekeping je....

 2. Kemudian cantumkan keempat-empat keping kain tadi berselang-seli macam ni.


3. Seterusnya jahit kelepet sebelah atas dan bawah untuk kita masukkan getah nanti...

4. Jangan lupa tinggalkan sikit bahagian yang tak berjahit ye....kalau tak nanti macam mana nak masukkan getah kan...

5. Macam ni lah rupanya getah yang saya guna....getah hitam ni sebenarnya saya recycle getah kat seluar lama yang dah tak pakai....boleh guna apa2 jenis getah, tapi kalau yang saiz kecil lagi cantik....(jangan lah guna getah yang kat pinggang tu pulak ye...hihi)

6. Kita masukkan getah di kedua2 bahagian atas dan bawah....bahagian atas tu kita buat ketat2....dan untuk bahagian bawah tu longgarkan sikit...agak2 la dengan saiz tudung saji kita tu...

7. Tadaaa....ini lah hasilnya bila kita pakaikan kat tudung saji kita.....kena ngam2 baru cantik ok...
tapi nampak macam kurang berseri kan? Okay, tak apa....kita boleh hiaskan di sekeliling tudung saji ni dengan renda2 untuk nampak lebih comel....

8.  Macam ni......:)

Ahaaa......cantik tak?

Ok....agak2 boleh faham tak tutorial simple saya ni? kalau tak faham, jangan malu2 tanya ye....
Oraitt....sampai sini dulu...selamat mencuba!! :)


Thursday, January 01, 2015

Selamat datang 2015...



Assalamualaikum  dan selamat tahun baru buat semua....hari ni 01 Januari 2015...
Selamat datang 2015 dan selamat tinggal 2014...
2014 yang penuh dengan cabaran dan dugaan untuk negara kita Malaysia...
Semoga pengalaman pahit manis di tahun 2014 akan kita jadikan pengajaran dan inspirasi untuk tahun 2015...

Soalan klise..."azam tahun baru?" hehe...malas nak tulis panjang2...simpan kat dalam hati jelah...tapi yang penting tahun yang baharu ni pastinya kita mahukan yang lebih baik, lebih mantap, lebih maju dan lebih hebat dari tahun yang lepas...:)

Di kesempatan ni juga saya nak ucapkan salam takziah untuk semua mangsa banjir di negeri2 yang terlibat terutamanya di pantai timur termasuk lah kat tempat saya ni pun banjir juga......
Semoga anda semua tabah mengharungi dugaan yang cukup hebat ini...

Ok, sampai sini saja...jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews