Monday, February 20, 2012

Black Pepper Grinder

Assalamualaikum semua....kembali bersiaran di pagi isnin yang cukup indah.....hehe....yelah tu indah...pagi tadi dah la lambat pergi sekolah....oppss...lambat sikit je...ngam2 la dengan bunyi loceng kat sekolah tuu......huhu....biasalah pagi isnin memang macam tu kan? kan?

Oklah, memandangkan sekarang ni saya ada 'sedikit' lebihan waktu, so saya rasa adalah lebih baik kiranya saya memanfaatkan waktu yang ada ni untuk buat entry baru....heee....;)

Tak adalah penting sangat pun, just nak share dengan anda semua satu kitchen tool yang dah lama saya impi2kan.......kalau tengok rancangan masak2 kat tv, saya memang suka tengok chef2 tu guna benda alah ni.....macam comel + klasik je......hihi.....

Benda ni namanya "Black Pepper Grinder".....hihi....seronok sangat! dah lama  cari benda ni sebenarnya....bukannya sebab terdesak sangat nak guna, tapi sebab nak benda ni ada kat dapur! hahaha......ataupun dalam erti kata lain, buka keperluan, tapi kehendak.....;)

Nak tahu tak saya beli kat mana ni? kat Star Mall Pacific yang baru buka kat Mentakab tu........alaa...kalau orang2 dekat sini mesti tahu kan, kompleks membeli-belah yang terbesar di Pahang Tengah! huh........macam best je.....(sebenarnya biasa2 je...)

Harganya pulak, masa saya beli ni ada diskaun 15%....haruslah kan....sebab masa saya pergi ni, dia tengah buat promosi pembukaan....so, dapatlah harga RM29.90....murah ke? tak tahulah murah ke tak harga ni, sebab sebelum ni saya tak pernah nampak pun pepper grinder ni di mana2....

Sekarang ni kan, bila tengok je benda ni ada kat dapur, macam lengkap je dapur comel saya tu.....bila try pusing2 benda ni rasa macam ala2 chef la pulak.....hahaha....jakun sungguh saya .....:D


Saturday, February 04, 2012

Salam Maulidur Rasul

Sempena Maulidur Rasul esok, saya rasa elok lah kiranya saya nak berkongsi dengan pembaca2 blog sekalian tentang kelebihan sekiranya kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.......

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
  1. Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
  2. Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”
  3. Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”
  4. Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W....moga kita termasuk dalam golongan orang2 yang mendapat keredhaan dan keberkatanNya di dunia dan di akhirat.....aminnnnn...

"Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews