Saturday, September 17, 2011

Salam Lebaran 2011

Salam Idul Fitri buat semua......
Walaupun agak terlewat....tapi masih lagi dalam mood raya kan?:))
Sebenarnya kali ni, rasa tak excited sangat nak buat entry raya lah......sebabnya, kami semua tak ada gambar raya tahun ni! waaaa............:((
Tak tahulah apa yang kelam-kabut sangat di pagi raya tu, saya pun tak tahu....bersiap punya bersiap.....sampai tak sempat nak bergambar, bila tetamu a.k.a budak2 dah mula datang beraya, lagilah tak dan nak bergambar....huhuhu....itulah secebis kisah sedih kami di pagi syawal tahun ni......:(
Yang ada hanyalah gambar anak dara kami yang sorang ni.....
gaya ala2 ayu....he2
tak tahulah apa yang aleesya nak buat tu......
posing bersama zahin (sepupu aleesya)
Tapi takpe, saya dan mr.abah dah plan....kami akan usahakan juga cari masa untuk buat sesi photoshoot raya, oppss silap....post-raya...hahaha.....tungguuu!
Oklah, sekali lagi saya nak ucapkan Salam Lebaran dan tak lupa juga Selamat Hari Malaysia!
Thank U and love U so  much kepada pemilik asal gambar ni, sebab sudi meminjamkan kepada saya...;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews