Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Tuesday, January 06, 2015

Tutorial ~ Jahit sarung tudung saji

Assalamualaikum semua...

Apa khabar anda semua? harap semuanya sihat2 belaka.......sebenarnya dah lama saya peram hasrat nak buat tutorial sarung tudung saji ni....baru hari ni tercapai hasrat yang murni tu....hehe...takpelah biar lambat asalkan selamat kan...:)

Mula2 tercetus idea nak buat sarung tudung saji ni, bila saya ternampak ada seorang rakan fb yang post cara2 nak jahit sarung tong sampah di satu group yang saya join di fb...tengok macam cantik je....nak buat pun senang dan cepat........ok, kalau nak tahu macam mana nak buat sarung tudung saji ni....jom follow....:)
1. Potong 4 keping kain yang sama saiz. Ikut saiz tudung saji masing2....saya guna tudung saji yang paling kecil. Saya potong 4 keping ni sebab nak buat coraknya berselang-seli. Kalau anda nak satu corak je, tak perlu lah 4 keping, potong sekeping je....

 2. Kemudian cantumkan keempat-empat keping kain tadi berselang-seli macam ni.


3. Seterusnya jahit kelepet sebelah atas dan bawah untuk kita masukkan getah nanti...

4. Jangan lupa tinggalkan sikit bahagian yang tak berjahit ye....kalau tak nanti macam mana nak masukkan getah kan...

5. Macam ni lah rupanya getah yang saya guna....getah hitam ni sebenarnya saya recycle getah kat seluar lama yang dah tak pakai....boleh guna apa2 jenis getah, tapi kalau yang saiz kecil lagi cantik....(jangan lah guna getah yang kat pinggang tu pulak ye...hihi)

6. Kita masukkan getah di kedua2 bahagian atas dan bawah....bahagian atas tu kita buat ketat2....dan untuk bahagian bawah tu longgarkan sikit...agak2 la dengan saiz tudung saji kita tu...

7. Tadaaa....ini lah hasilnya bila kita pakaikan kat tudung saji kita.....kena ngam2 baru cantik ok...
tapi nampak macam kurang berseri kan? Okay, tak apa....kita boleh hiaskan di sekeliling tudung saji ni dengan renda2 untuk nampak lebih comel....

8.  Macam ni......:)

Ahaaa......cantik tak?

Ok....agak2 boleh faham tak tutorial simple saya ni? kalau tak faham, jangan malu2 tanya ye....
Oraitt....sampai sini dulu...selamat mencuba!! :)


Sunday, July 06, 2014

Resepi bengkang ubi kayu ~ mudah

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua....
Alhamdulillah kita bersua lagi hari ni dalam edisi ahad 6 Julai 2014 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1435....he2...dah macam rancangan tv pulak kan....
Oklah, memandangkan hari ni hari ahad, jadi, apa kata kita letak tepi dulu benang2 kait tu.....kita main masak2 pulak....nak tak?

Resepi yang saya nak share ni sebenarnya cukup mudah tapi jarang2 je kita nak membuatnya..... resepi bengkang ubi kayu.....resepi ni originalnya daripada ibu mertuaku....he2.....dia memang pakar bab2 buat kuih tradisional ni....tanya je nak kuih apa semua boleh buat......bertuah menantu dia ni kan......haha...:))

Oraitttt...........jom tengok macam mana resepinya.....

~Bengkang ubi kayu~

2 cawan ubi kayu yang disagat
1 cawan santan pekat
1 cawan gula (nak manis boleh tambah lagi)
1biji telur
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:
1. Tapis dulu ubi yang telah disagat sampai keluar airnya. Biarkan dulu dalam setengah jam ke...sampai air warna putih tu keluar....
2. Ambil ubi tadi campurkan dengan santan (santan tu tinggalkan sikit untuk letak atas bengkang masa nak membakar nanti), gula, telur, sedikit garam dan pewarna kuning dan kacau.....
Kalau ikut cara mak mertua saya, dia masak dulu bahan2 ni atas dapur bagi masak sikit2, lepas tu baru masuk dalam oven....nanti cepat lah sikit bengkang tu masak....kalau nak masuk oven terus pun takpe...
3. Ok, next, masukkan dalam loyang, bakar pada suhu 180 -200 C (bergantung pada oven masing2 ye...)
4. Ni lagi satu tips, kalau nak bengkang kita nampak cantik dan berkilat2 kerak dia, letakkan sedikit santan kat atas bengkang tu...sikit je, dalam 2,3 sudu letakkan sikit2 kat atas permukaan bengkang tu....
5. Dah masak, sejukkan, dan sedia untuk dihidang......:)

Ni bengkang versi saya ye....saya tak gunakan oven....saya gunakan pemanggang ajaib...sama je kaedahnya...cuma saya rasa guna pemanggang ni lagi cepat masak berbanding guna oven...




Ok, jemput makan ye.....oppss...silap, bulan puasa....he2....jemput masak sendiri untuk berbuka nanti ye.....heeee....;)

Tuesday, July 01, 2014

Tutorial ~ Cara pasang awning pada shawl

Assalamualaikum semua.......Alhamdulillah....bersua lagi kita di alam maya ini....:)
Syukur kerana hari ni diberi mood yang baik dan juga kelapangan waktu untuk menaip huruf2 di blog My Craft Garden ni....he2...
Saya ni jarang2 je share tutorial di blog ni....so, apa kata hari ni kita tengok tutorial yang agak simple ni...hihi...macam mana nak pasang awning pada shawl...cewah...sejak2 terjebak dengan bidang menjahit tudung ni tetiba keluar entry jahit awning pulak ye...;)

Ok, saya ajar sikit2 jelah ye...sebab memang ada sikit je pun ilmu jahit tudung ni....bak kata pepatah, " sikit sama dicicah, besar sama dilapah...' kan? heheh
Selebihnya anda boleh tengok gambar....kalau tak faham nanti boleh tanya...in sha Allah saya cuba jawab mana yang termampu......

1) Pertamanya, haruslah ada shawl atau selendang yang nak ditambah awning tu.....ni shawl yang saya guna...dah lama tersimpan kat dalam laci sebab malas nak melilit2...huu...

2) Ni bahan2 yang diperlukan untuk menjahit....antaranya gunting, erasable pen (guna kapur pun boleh...), kain untuk awning, kertas suratkhabar untuk buat pola dan kain pengeras atau nama lainnya bakrum...

Ahaa..... cik 'abang' ni yang paling penting ye......kalau takde cik abang boleh juga guna cik singer ke, cik juki ke cik epal ke...apa2 jelah kan.....:)


3) Ok, mula2 kita kena sediakan awningnya dulu... pola awning tu boleh tekap je kat mana2 tudung yang anda selesa pakai....tekap kat suratkhabar lepas tu tekap pulak kat kain yang nak dibuat awning tu...tapi lebihkan sikit untuk basi...yang ni kita kena lipat tau baru dia jadi bentuk halfmoon ni...

4) Next step, kita ambik pulak kain pengeras atau bakrum, ironkan kat tengah2 awning tu macam ni...ingat, kain bakrum ni ada bahagian yang bergam...so,bahagian yang ada gam tu kenalah letak kat belah bawah ye...kalau letak kat atas nanti habislah melekat2 kat iron tu kang....hehe...
Ok, dah siap gosok, sila trim bakrum yang tepi2 tu bagi sama  dengan kain awning tu...

5) Lepas dah cantik macam ni kita jahit pulak kat tengah2 awning tu....
 dah siap jahit dia akan jadi macam ni....


Saya jahit 2 line macam ni barulah kemas dan terletak je awning tu....


 kemaskan pulak dengan jahitan tepi ye....kalau tak nanti dia berbulu....

6) Sekarang masanya untuk kita cantumkan awning yang dah siap tu dengan shawl.....kita cantumkan pada sebelah yang melengkung tu ye...maksudnya jahit bahagian yang melengkung tu dengan shawl. Bahagian yang lurus tu lah nanti akan jadi awning di sebelah depan...boleh faham ke tak ni ye? takpelah, cuba buat dulu...nanti mesti faham...hehe...

Untuk nampak lebih kemas, kita jahit tindih pulak sebelah atas awning yang dijahit tadi....so, akan nampak macam ni...
 Tadaaaaa......dah siap! shawl lama yang diberi nafas baru.....dah bertukar menjadi shawl berawning....he2....lepas ni dah tak ada masalah lagi nak bershawl kan? sarung je, pastu pin......hihi :)


Nak tengok model pakai ke? huh....ni yang lemah ni...sebab saya ni sangat lah pemalu orangnya....kih3....tapi tepek jugaklah gambar model ni sekali- sekala kan.......;)

Ok dah lah ye.....model malu2 dan ada unsur2 control ayu di situ ye.....ahaks.......
Izinkan saya mengundur diri dulu....
Semoga perkongsian ilmu yang sedikit dari saya ni akan memberi manfaat kepada anda semua.....
Selamat mencuba dan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua.......:))

Friday, December 06, 2013

Tutorial : Crochet Ribbed Hat


Assalamualaikum semua.....
Tetiba hari ni mood terlajak rajin nak buat tutorial.....hehe...tutorial macam mana nak kait topi 'ribbed' ni....simple je sebenarnya...dan pattern ni pun memang sesuai untuk beginner. Ini kali kedua saya kait topi macam ni. Yang pertama dulu warna biru je semua, kali ni nak cuba gabung2 warna pulak. Tapi yang sedihnya dua2 topi yang saya kait ni, adik Mueez tak nak pakai.....isk..isk...isk....takpelah, kait jelah untuk puaskan hati....

Ok, jom kita terus ke acara tutorial...
1. Mula2 kait je ch (tali air) sepanjang mana yang kita nak. Lepas tu, kait pulak hdc di sepanjang ch tadi..dan 4 sc pada stitch yang terakhir. Lepas tu, turn dan teruskan lagi hdc tapi kali ni back loop pulak....kalau tak faham macam mana nak back loop sila google ye...hehe...:)
Ok, turn lagi dan hdc back loop lagi sampai boring...eh tak...sampai lah kelebaran mana yang kita nak okeyyy...

2. Dah siap nanti dia akan jadi macam ni.....kat hujung tu dia memang akan jadi mengecut sebab kita guna sc untuk 4 stitch yang terakhir kan...so, yang kecut tu bahagian atas yang lebar tu bahagian bawah.

3. Next, boleh lah kita kemaskini kan benang2 yang lebih tu...(saya paling malas part nak susup2 benang ni...)

4. Sekarang boleh la kita mencantum pulak ye. Lipat dua dan jahit. Ikut la nak jahit macam mana. Saya biasa jahit lilit ubi je...macam ni haa..

5. Lepas dah cantum kita sudahkan sebelah atas dia pulak ye...sc di sekeliling atas tu, lepas tu sc tog sampailah bercantum dan tertutup macam ni......matikan benang.

6. Lipatkan sikit kat sebelah bawah tu....dah siap.......tapi macam tak sempurna je kalau takde pom-pom kat atas tu kan....

7. Acara seterusnya kita buat pom-pom dia pulak...puan2 jangan terkejut, saya buat pom-pom pakai tangan je.....kalau sape2 yang ada pom-pom maker tu sila abaikan tutorial pom-pom ni ye...
Mula2 lilit benang2 tu berselang-seli dan sesuka hati korang lah....lalalala...

8. Lepas tu masukkan benang kat tengah2 jari dan ikat ketat2..


9. Guntingkan benang2 yang dah kena ikat tu kiri dan kanan dia akan jadi macam ni....

10. Sekarang boleh lah kita trim benang2 tu sampai dia jadi bentuk bulat. Part ni best tau! gunting2 benang ni macam gunting rambut pulak....hi2
11. Tadaaaa.....inilah hasilnya topi yang dah siap....

Ok, selesailah sudah tutorial yang tak seberapa dari saya.....harap sudi-sudilah mencuba ye....:))
Kalau ada mana2 part yang tak paham tu jangan lah malu2 nak bertanya....kalau malu jugak tanya je kat pakcik google......hehe....

Sunday, January 20, 2013

Tutorial: Crochet jar cover

 Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua....
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua macam mana caranya nak kait jar cover ataupun sarung botol. Kepada yang dah expert tu rasanya senang sangat nak buat jar cover ni kan...tapi kepada yang baru2 nak belajar mengait tu bolehlah dijadikan panduan ye...
Nak kait jar cover ni tak ambil masa yang lama pun..rasa2nya kalau straight je mengaitnya, dalam sejam atau dua jam dah boleh siap kot..tapi saya ni mengait sekejap, pergi masak pulak kat dapur, jap2 lagi kang adik Mueez pulak nak menyusu....kait benda simple pun sampai ke malam baru siap...he2..

Ok, mula2 sekali bahan2 yang perlu ada untuk buat jar cover ni adalah;
1. Benang kait ~ saya guna benang lebih2 je..sebab memang tujuannya nak menghabiskan benang lebih tu semua...
2. Botol kaca ~ saya guna botol prego, nak guna botol apa2 pun boleh, yang penting isi kat dalamnya abiskan dulu ye...he2
3. Jarum kait ~ yang sesuai dengan saiz benang
4. Pemotong benang atau gunting
5. Kesungguhan atau minat untuk mengait ~ yang ni penting ye, kalau tak, tak jadi nanti....ngeh..ngeh..ngeh..;)

Langkah seterusnya, kita kait dulu tapak botol tu...
Foundation : ch4, join with sl st in first st to make a ring 
Round 1:  ch2, 9 hdc in ring, join to ch2 space at beginning of round with a
sl st. (9 sts)
Round 2:  ch2, 2 hdc in each stitch around, join to ch2 space at beginning of
round with a sl st. (18 sts)
Round 3: ch2, *2 hdc in first st, 1hdc in next st* repeat from * around, join
to ch2 space with a sl st. (27 sts)
Round 4: ch2, *2 hdc in first st, 1 hdc in next 2 sts* repeat from * around,
join to ch2 space with a sl st. (36 sts)

Kalau botol yang anda guna tu besar, sila tambah lagi row tu dengan menambah bilangan stitch di tempat yang ada simbol * tu...... alah, macam basic kalau kita nak kait topi tu.....faham kan? kalau tak faham angkat tangan ye...he2
Untuk row2  your boat yang seterusnya :  ch2, hdc around, join to first st with a sl st

Ulang sebanyak mana yang anda suka sehinggalah mencapai ketinggian botol yang kita guna tu...ok?
Dan inilah rupa jar cover yang dah siap...nampak macam baby cocoon pulak kan...he2...saya guna benang2 lebih, sebab tu warnanya jadi tak sekata macam kek lapis..;)
Botol yang dah siap pakai baju ni boleh lah kita gunakan untuk letak pensel ke, jarum kait ke..apa2 jelah...nak letak garam ke, gula pun boleh, tapi kena jaga elok2 lah...nanti terkena minyak ke apa2 tertumpah kat dapur tu kotor pulak kan...

Ok, dah abis....selamat mencuba ye!

Friday, December 28, 2012

Crochet cupcake...emm,yummy!

 Apa khabar semua? saya sihat2 je kat sini...rasanya bertambah sihat kot sepanjang duduk dalam pantang.....asyik nak makan je.....hihi...mungkin sebab adik Mueez kuat sangat menyusu kot...;)
So, sempena nak meraikan kejayaan saya yang dah habis berpantang ni...(heheh...ada ke macam ni...), saya dah pun berjaya siapkan cupcake ni...walaupun sebijik je yang berjaya 'dibakar', takpelah, kira oklah tu...sebab saya memang tak pernah buat pun sebelum ni...(cupcake yang betul2 lagi lah tak pernah buat! haha...;)
 
  Jom tengok macam mana saya buat cupcake ni...
Ini bahagian2 cupcake sebelum dicantumkan, cup, topping dan cherry...

Ini lah keadaannya bila kita dah cantumkan kesemua bahagian tu tadi..kat dalam tu saya letak fiber, bagi cupcake ni gebusss...he2

Tadaaa....dah siap pun cupcake saya....jom makan! :D

Ermm, nak masak apa lagi lepas ni ye? kalau buat durian crepe ok tak? heheh....kan tengah popular sekarang ni...:)
Oraitt, untuk sape2 yang berminat dengan resepi cupcake saya ni, boleh lah klik pattern kat bawah ni ye...


:))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free counters!

Total Pageviews