Pages

Monday, January 09, 2012

Periuk Padang Besar Part 1

Sedar tak sedar hari ni dah 9/1/12....sekejap je kan...rasanya baru je lagi saya buat entry tahun baru hari tu...heheh...lepas saya buat entry topi ala dato' siti hari tu, adalah beberapa orang nak order, tapi saya minta maaf banyak2 ye, saya terpaksa tolak walaupun rasa macam tak sampai hati je nak menghampakan permintaan orang..tapi nak buat macam mana, keputusan muktamad dah pun diambil...dan saya nak umumkan sekali lagi di sini bahawa saya:
"Tidak lagi mengambil sebarang order untuk apa jua bentuk samada crochet, felt ataupun menjahit..."

Semua hasil kait yang saya tunjukkan kat blog ni selepas penngumuman ni dibuat sebenarnya adalah order2 lama yang tak sempat saya siapkan tahun lepas ataupun dalam erti kata lain, order2 yang terbengkalai...huhu...harap semua faham ye...

Actually, bukan ini yang nak saya ceritakan sebenarnya...topik asalnya, saya nak cerita pasal 3 bijik periuk yang saya beli kat Padang Besar masa cuti sekolah baru2 ni!

Cuti panjang baru2 ni, saya balik ke kampung suami di Kedah. Lebih kurang 2 minggu kat sana so, sempatlah berjalan2 ke Padang Besar....ni bukan first time saya pergi, dah 2nd time ke 3rd time ntah...tak ingat....hehe...tapi pergi yang dulu2 tu tak terfikir pulak nak beli periuk.....haha
Perjalanan dari Teloi Timur (kampung suami) ke Padang Besar tu lebih kurang 2 jam je...tapi sebab kami bertolak dari rumah dah agak lewat, so sampai kat sana dah hampir2 pukul 4...
Ni pemandangan di sepanjang ladang tebu yang terbesar di Malaysia kot....cantik sangat panorama kat sini... dah dekat2 nak sampai dah ni...
yang ni pulak mr driver yang sangat sporting....mmuahhh!! 

 Ni pandangan bazar dari luar, gelap sikit sebab hujan....

Bazar ataupun kedai2 kat Padang Besar ni tutup dalam pukul 7, tapi pukul 6 lebih tu peniaga dah mula mengemas2 apa yang patut....so, kalau sampai petang macam kitaorang ni, tak banyak sangatlah masa yang ada nak round2 semua....
Ini pulak keadaan sebelah dalam bazar....bangunan 2 tingkat dengan beraneka jenis kedai. Tapi yang paling banyak, kedai2 baju lah....selain daripada kedai kasut, handbag, asesori wanita, kedai mainan, kraftangan dan baaaaayakkk lagi....hihi...:)
Dan inilah dia kedai yang saya cari2....kedai periuk! yeehaaa....:D
tuuu dia....macam2 ada....pilih...pilih....
Masa dah suntuk, masuk satu kedai je terus pilih nak periuk yang mana...lagipun dalam kepala ni saya dah aim nak beli periuk cap buaya...yelah setelah beberapa lama saya buat research di internet ni, hasilnya cap boye lah yang paling berkualiti dan tahan lama....hee...;)
Wah...serius nampak dua2 orang ni....he2...bersama MIL membincangkan isu2 periuk yang terkini...:)
Akhirnya dapat jugaklah saya beli periuk idaman hati...nak tahu periuk macam mana saya beli? tunggu dulu ye...jom kita cuci mata tengok kedai apa lagi yang sempat saya terjah....
Kedai kerongsang...macam2 design terkini....huh, berpinar mata tengok! @_@
Dress budak kat sini pun cantik2 sangat...kebanyakannya semua berjenama....tapi jenama siamlah....haha...tak kisahlah, yang penting kain dia nampak kualiti dan harga pun sangat2 berbaloi!

Jalan-jalan, masuk kedai keluar kedai, tengok jam dah dekat pukul 7. Terpaksalah bergerak untuk balik...alaa, tak sempat nak masuk semua kedai...takpelah, nanti kita pergi lagi, kan abah?? hehe...

Ok, nampaknya entry saya kali ni dah pun sampai ke penghujungnya...opps, lupa la nak tunjuk gambar periuk yang saya beli tu! nantilah saya share dengan anda semua  dalam entry yang seterusnya ye..." Periuk Padang Besar Part 2..." :))
 Lastly, inilah rupa kami bertiga setelah selesai acara shoping2 di Padang Besar....

Mama: ceria, Abah: penat, Aleesya: boring.....;)

2 comments:

  1. sama tapi tak serupa :D saya beli kuali cap buaya balik Kelantan baru2 ni. Berbelas tahun kahwin baru sibuk nk beli kuali kat sana ;)

    ReplyDelete
  2. hehe...itulah ummi iman,dh pergi 2,3 kali pun tak terfikir nak beli..bila nak guna barulah sibuk nak cari....:)

    ReplyDelete