Pages

Friday, November 25, 2011

Petua untuk hati

Assalamualaikum....
Apa khabar semua? semoga anda semua sentiasa ceria dan sihat sejahtera hendaknya....2,3 hari ni saya agak menyepikan diri...bukannya apa...sekarang ni saya tengah menyiapkan set baby boy tempahan dari lin yang comel....(hehe...ayat ala2 bodek di situ...;)
InsyaAllah esok boleh siap la semua ni...

Dalam kekusyukkan melayari internet tadi...saya tertarik dengan satu artikel dari iLuvislam ni...yang bertajuk " Petua untuk hati".
Pernah tak suatu ketika anda rasakan yang jiwa anda resah, gelisah, berserabut dan sebagainya...pastinya ada sesuatu masalah yang menyelubungi diri anda saat itu...saya share artikel ni dengan anda, bukanlah bermaksud saya sedang bergundah gulana ye....hihi........sekadar perkongsian ilmu...:) 

Tambahan pula kita sekarang ni dah nak melangkah ke tahun baru, awal Muharram.
So, apa kata kita sama2 bersihkan hati, tenangkan jiwa dan tanamkan azam untuk jadi lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini....:)
Oraitt, jom kita baca artikel ni sama2....

Petua untuk Hati
www.iLuvislam.com
oleh: kertas_putih


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati
- wallahualam -

2 comments:

  1. tq lia for sharing.....mari2 sama2 kita pratikkan ek

    ReplyDelete
  2. tq kak fidah...itulah, utk ingatkan diri sendiri jugak ni...:)

    ReplyDelete