Pages

Tuesday, November 23, 2010

Dress dan headband untuk kenduri

Hi...selamat bertemu kembali....setelah lama saya menghilangkan diri, beraya di kampung....raya sakan la wei  dah cuti sekolah nii....:D
Dan entry ni pun sepatutnya saya buat sebelum cuti hari raya haji lagi...sebab dress dan headband yang ditempah oleh kak Asiah ni untuk dipakai pada hari kenduri adiknya Hashimah pada 14/11/2010...tapi biasalah ke'busy'an yang melanda...
Ok,jom kita citer pasal dress dan headband ni pulak...tempahan kali ni untuk 2 orang gugirl, sorang umur 3 tahun dan sorang lagi umur 1tahun lebih..tapi badan dua2 ni lebih kurang je, so tak banyak beza la saiz dress diorang ni..cuma yang  bezanya, satu ada tangan dan satu lagi sleeveless...ni atas permintaan mak masing2...:)
Yang ni  three tiered dress menggunakan kain pua kumbu dari sarawak
Dan yang ni circle dress guna kain satin,tapi tak berapa nak circle la saya tengok..huhu
Sebenarnya dah lama saya tak jahit dress, yelah asik dok mengait je...so,rasa macam keras pulak tangan bila nak menjahit dress2 ni...haha
Untuk nampak sweet lagi di hari kenduri, gugirl 2 orang ni akan dipakaikan pulak dengan headband yang sedondon.....
Alhamdulillah, kenduri ni pun dah selesai, dah selamat semuanya..(dress dan headband ni pun dah selamat digayakan..ahaks.;) tapi sayangnya saya tak dapat pergi sebab aleesya demam+selsema waktu tu...apapun terima kasih banyak2 kak Asiah kerana sudi menempah dengan saya....terlebih terkurang harap dimaafkan....dan "SELAMAT HARI RAYA IDULADHA" untuk semua umat Islam...(eh,boleh ucap lagi ke ni?;)

No comments:

Post a Comment