Pages

Friday, April 30, 2010

Tutorial: Barut Gantung Baby

Pernah tak tengok barut gantung untuk baby? Biasa kita guna barut yang ada 3 layer tali,pastu ikat kat perut tu kan? Haa,kali ni saya nak tunjukkan macamana nak jahit barut gantung.Barut jenis ni dah tak ramai orang pakai.Tapi dalam famili saya,bila baby dah masuk 3bulan ke atas memang kitaorang gunakan barut gantung ni,sebab baby dah mula aktif.Kalau barut yang biasa tu asik nak melurut ke bawah je...lagi satu barut jenis ni memang elok untuk elakkan baby dari kembung perut...ok,jom kita tengok camne nak jahit barut ni...1. Mula2, potong kain ikut bentuk macam ni.Kalau nak senang, bentukkan dulu guna kertas suratkhabar,pastu tekap pada kain,sematkan jarum peniti dan gunting.Buat 2 keping ye..Sediakan juga 4 keping kain untuk buat tali.Ukuran 1"x 15" (nak panjang lagi pun boleh...)2. Ok,kita buat tali dia dulu..lipat macam ni dan jahit.....Jahit keempat2 tali tu dan hasilnya jadilah macam ni...3. Langkah seterusnya,temukan kedua2 sebelah luar kain dan pinkan tali yang dah dijahit tadi pada setiap penjuru.ish,boleh paham ke ni?takpe,tengok jelah gambar ni ek...yang ni penjuru di bahagian atas (untuk ikat pada leher...)dan yang ni pulak penjuru sebelah tepi (untuk ikat ke belakang)4. Ok,dah pinkan keempat2 tali di setiap penjuru, pinkan pulak jarum peniti ke sekeliling kain supaya senang kita nak jahit nanti.Kain akan nampak menggelembung sikit sebab kita dah letakkan tali di sebelah dalam5. Sekarang boleh lah jahit sekeliling kain tadi.Jangan lupa tinggalkan sikit ruang macam ni untuk kita terbalikkan barut

6. Bila dah terbalikkan barut tadi, jahit tindih di sekeliling barut supaya nampak kemas dan cantik.
7. Tadaaa...ha, nilah rupa barut gantung yang dah siap. Tali yang kat atas tu ikat pada leher (macam pakai apron tu..) dan tali yang kat sebelah kiri dan kanan tu ikatkan ke belakang (kalau tali panjang, ikat sekali lagi ke depan,baru dia betul2 kemas)

Barut ni saya buatkan untuk anak sedara saya, baby Sofea. Baru nak bagi kat mak dia esok..so,takde lah gambar model yang menggayakannya ye..

Harap2 boleh faham lah tutorial saya yang tak seberapa ni..heheh..maklumlah first time wat tutorial.Kalau ada mana2 bahagian yang tak paham tu,silalah tanya ye..saya sedia membantu..cewah..:)

16 comments:

  1. Barut macam ni nampak lebih selesa untuk baby berbanding barut ready made di pasaran yang tebal tu. Terima kasih buat tutorial ni.

    ReplyDelete
  2. thanks aida..mmg barut ni selesa untuk baby.lepas tu kalau musim panas mcm skrg ni,bagi pakai barut ni saje pun dh ok...

    ReplyDelete
  3. hye...
    pls visit my blog for sutera batik..
    www.suteramayadesign@blogspot.com
    tq...

    ReplyDelete
  4. salam...

    thanx for the tutorial...sy baru nak belajar buat utk baby sendiri. barut gantung ni susah nk cari kt kedai, kalau ada pon jual secara online. so sy buat sendiri lebih puas memandangkan byk masa terluang sementara nk tggu habis cuti ni... =).. thanx!...

    ReplyDelete
  5. ayu,tq sudi bc tutorial sy yg xseberapa ni..barut gantung ni mmg susah nk cari kat kedai,sb ni barut org tua dulu2..ok,slmt menjahit dan slmt bercuti ye!

    ReplyDelete
  6. thanks to this tutorial..nak sgt buat sendiri tapi tak tau teknik..terima kasih to tuan rumah..

    ReplyDelete
  7. untuk yg duduk di ipoh boleh cari di pasar besar ipoh @ UTC ipoh. ada satu kedai kekabu area kedai santan. kt situ ada barut biasa dan barut dada ni. :) utk yg malas nak jahit..

    ReplyDelete
  8. boleh tau tak, guna kain jenis apa ye utk jahit barut ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa saya guna kain cotton yg nipis sikit....sbb kalau tebal takut panas pulak baby nanti...

      Delete
  9. Berape ukuran kain yg 3 segi tu ye?

    ReplyDelete
  10. cantik jugak yea barut gantung nih....

    ReplyDelete
  11. Salam sis..nak tanya berapa ukuran barut ni ye? Tak berapa pandai nak agak lebar dan panjang berapa. Takut jugak kalau tersalah potong kain.

    Tq.

    ReplyDelete
  12. sis..ukuran untuk buat barut ni brpe yerk?

    ReplyDelete