Pages

Saturday, March 06, 2010

Bestnyerr... Cameron Highlands

Tentu ramai yang dah pernah pergi ke Cameron Highlands kan?Bagi saya, ni first time saya sampai ke sana.Excited sangat nak tau macam mana keadaan dan suasana kat Cameron Highlands ni.Sebenarnya kami pergi melancong ke sana minggu lepas lagi,26/02/10, hari jumaat (cuti Maulidur Rasul).Tapi disebabkan busy bangat (refer entry sebelum ni),baru sekarang saya dapat buat entry ni.Kami pergi ikut Tapah tapi balik ikut Simpang Pulai.Sebabnya,saya tak tahan jalan Tapah yang sangatlah bengkang-bengkok tu (pening!!@#$%^&).Oklah,tak nak citer banyak2,jom tengok saat2 indah kami kat sana...cewah...

Hari pertama
Bertolak dari rumah pukul 10.00 pg dan sampai dalam pukul 5.00 ptg.Check in kat hotel,pastu tido dengan Aleesya, penat...
Malam tu pegi jalan2 kat pasar malam Brinchang.Meriah sangat..macam2 ada dijual di sana.Strawberi?of course la..bukan setakat buah strawberi,kusyen,bantal peluk,anak patung,hair clip,fridge magnet,stokin,gloves,payung...pendek kata semua benda berasaskan strawberi! awww...suker sangat!Tapi tak sempat nak snap gambar sebab keadaan yang sangat sesak.

Hari Kedua
Pagi ni kami plan nak pergi ke Kea Farm,tapi jalan jem yang teramat teruk dan kalau pergi pun konfem tak ada parking.

Ni lah rupa jalan yang jem tu.Panjang lagi kat depan tuuu..So,terpaksa la tukar haluan ke Cactus Point.
Kat sini terdapat ratusan jenis pokok kaktus yang bermacam2 bentuk dan rupa.Kalo peminat kaktus datang kat sini boleh histeria rasanya.Dari saiz yang paling kecik sampailah ke saiz yang besar punya! he2..Selain dari kaktus ada juga dijual pokok2 bunga yang berwarna-warni.Dah puas tengok semua jenis kaktus yang ada kat sini,saya pun belilah 6 pokok kaktus yang sangat cute.6 pokok ni RM10 je harganya.

Destinasi seterusnya, kami pergi pulak ke Fragrance Nursery.Kat sini dijual pelbagai jenis pokok2 bunga dan hiasan,pasu,baja,tanah dan macam2 lagi la yang ada kaitan dengan hobi berkebun ni.
Dah penat jalan2,kami pergi makan kat Tanah Rata.Dan perjalanan diteruskan pulak ke Bharat Plantation.
Haa,kat sini lah kita boleh tengok ladang teh yang sangat luas, saujana mata memandang.Selain tu,kita juga boleh shoping teh di Tea Shop yang ada macam2 jenis dan perisa.Ada perisa oren,strawberi,grape dan macam2 lagi. Stesen berikutnya...balik hotel dan rehat!
Malamnya kami pergi lagi ke pasar malam!yey..suka..kali ni saya beli strawberi salut coklat!emm,yummy..my hubby plak beli sayur kincam goreng celup tepung.Aleesya pulak asyik nak..nak..nak.. bila nampak sweet corn yang dalam cup tu.. selebihnya kitaorang jalan2, shoping sikit2 dan balik tidoooo....

Hari Ketiga
Pagi2 lagi kami dah bangun dan bersiap.Takut terperangkap dalam jem macam semalam..(kalo jem strawberi okla jugak..).Tapi nampaknya pagi2 ni jalan masih clean and clear.So, dapatlah kami pergi ke Kea Farm dengan jayanya.Kea Farm ni macam pasar,yang menjual pelbagai jenis sayur dan bunga2an yang segar-bugar semuanya.Eee,geramnya tengok!rasa macam nak borong semua je..

Dah abis shoping sayur sikit2,perjalanan diteruskan pulak ke tempat yang saya excited sangat nak pergi.Nak tau kat mana?Strawberry Farm!!
Haa,kat sini kita boleh masuk dan petik sendiri buah strawberi sebanyak mana yang kita nak..eh,tak..tak..setakat setengah kilo je.Bayarannya pulak adalah RM20.
Emm,tengoklah budak kecik tu,kecik2 lagi dah pandai petik buah strawberi!

Bergambar bersama hasil tuaian (biasa tuai kat Farmville je..sekali dapat tuai betul2..syoknyer!!)

Okla,nampaknya dah sampai masa untuk kami meninggalkan Cameron Highlands...huhu..tak nak balik lagi! Akhirnya kami pun bertolak pulang ke Kerayong Highlands...
Itulah catatan saya sepanjang berada di sana dan menjadi pengalaman manis untuk kami sekeluarga..babai Cameron,see u again!


1 comment:

  1. bestnyer g cameron...
    cadang nak g april nnt..tak tahulah kesampaian ke tidak...

    best!! best!!!

    ReplyDelete