Pages

Friday, November 13, 2009

Salam perkenalan...

Salam perkenalan buat semua...hi, ini adalah post saya yang pertama.Jadi elok rasanya jika saya memperkenalkan diri saya dulu.Saya adalah seorang wanita yang bekerja, isteri kepada suami tercinta dan ibu kepada seorang puteri yang diberi nama Aleesya Husna.Sebenarnya dah lama saya bercita-cita nak ada blog sendiri ni.Tapi biasalah, tak ada masa nak buat.Setiap hari asyik melayan kerenah si kecik tu.Memang tak sempat..

Tapi,atas dorongan suami tersayang,akhirnya terhasillah blog yang tak seberapa ni.Dengan adanya blog ni,selain untuk mengabadikan kisah hidup saya,sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda semua yang mempunyai minat dan hobi yang sama dengan saya iaitu...MENJAHIT!!!

Ya,saya memang minat sangat-sangat menjahit.Tak kiralah jahit apapun.Jahit baju ke,sarung bantal,alas meja atau apa2 home dekor yang lain.Tapi saya menjahit ni sekadar nak mengisi masa lapang je.Biasanya hujung minggu jelah masa yang saya ada untuk kerja-kerja menjahit ni.Kalau hari-hari biasa,pergi kerja,balik kerja dan siapkan apa2 kerja rumah yang ada jelah.

Selain dari menjahit,saya minat juga menyulam.Terutamanya buat sulaman manik dan sulaman benang.Sulaman riben plak belum ada masa lagi nak cuba.Tapi,insyaAllah satu hari nanti saya nak cuba juga sulaman riben ni.Memang comel! Oklah,rasanya setakat ni sajalah untuk post yang pertama ni dan saya berharap sangat untuk mengenali anda semua yang mempunyai minat yang sama dengan saya.Diharapkan agar di sini kita dapat sama-sama berkongsi ilmu dan bertukar-tukar idea.Ok,salam sayang untuk semua...

No comments:

Post a Comment