Thursday, May 28, 2015

Bekas pensel simple2 je....

Assalamualaikum.....
Dah lama rasanya saya tak share projek jahit2 kan?.....ataupun yang lebih tepat lagi, dah lama tak update blog sebenarnya.......hehee....itulah...mood nak menjengah blog ni dah semakin merudum la sekarang ni....selalu je datang idea nak share macam2 kat sini....tapi selalunya tu niat je, 'action'nya tak ada......alahai........kesian kat peminat2 di luar sana.....kikihkih....:)

Okla, di petang yang indah ni kan, tetiba je mood nak update blog tu datang......2, 3 hari sebelum ni angin nak menjahit bekas pensel........asik dok menggugel tutorial jahit bekas pensel je kejenya.....dah puas dah menggugel, akhirnya berjaya lah jugak jahitkan bekas pensil untuk Aleesya.....simple2 je hasilnya.....maklumlah, saya ni sebenarnya fobia sikit  nak jahit zip ni, tak tahulah kenapa......hihi....sebenarnya tak susah manapun jahit zip ni kalau dah biasa kan..... 


Mulanya plan nak buat bekas pensel patchwork, lepas tu tak berapa rajin plak nak potong kain kecik2, tampal2 pulak....yang sebenarnya nak cepat siap je kejenya...hihihi...
Teringat kat kain corak patchwork yang comel ni....dah lama beli, tapi sayang nak guna...:D
Lalalalala.....dan akhirnya siaplah bekas pensel yang simple dan comel ni.....special untuk kakak icha....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews