Wednesday, September 19, 2012

Booties+headband raya...

 Seperti yang dijanjikan...hari ni saya nak post satu lagi projek sebelum raya yang dah saya siapkan untuk cikgu sekolah saya, Azlina...dan ini juga salah satu permintaan yang tak boleh nak ditolak...huhu....tak apalah, kebetulan saya ada masa lapang sikit bulan puasa hari tu, so, saya tak kisah sangat lah nak kaitkan booties dan headband ni...
  Booties ni sesuai untuk baby 3 bulan ke atas...tuannya nak kaler purple, so saya gabungkan dengan bunga pink + putih yang simple...
Dengan headband yang sedondon......kalau anda nak tahu, ibunya harap sangat saya dapat kaitkan booties dan headband ni sebab nak digayakan oleh babynya untuk hari raya......syukurlah, sempat siap dan dah berjaya pun dipakai di hari raya yang lepas......:))

Monday, September 17, 2012

Crochet newsboy hat

 Hari ni rasa macam ada mood pulak nak buat entry baru.....ni mesti sebab semalam berjaya menge'post'kan entry raya walaupun dah hujung2...hehe....:)

Hari ni saya nak tunjukkan topi brim ataupun newsboy hat yang berjaya saya siapkan sebelum raya hari tu...
Topi ni adalah permintaan dari seorang kawan saya, jaa....kalau ikutkan memang saya dah tak nak ambil apa2 tempahan lagi....tapi, biasalah...bila orang dah pujuk2, merayu2 nak jugak, terpaksalah akur kan.......cuba tanya kat crocheter2 yang lain, mesti pernah alami situasi macam saya ni kan? dalam2 tak nak ambil, terpaksa ambik juga kan....huhu....lagi2 kalau yang minta tu kawan2 rapat ataupun sedara mara.....

Oklah, apa2 pun, 4 biji topi brim ni dah pun selamat sampai ke tangan tuannya....alhamdulillah....
Ada 4 warna semuanya, kelabu, biru, purple dan hitam.....semua warna ni atas permintaan tuan punya...saya cuma menggabungkan dengan sikit warna2 lain supaya nampak lebih menarik....dan semuanya untuk baby saiz 6-12 bulan....
dan ni pulak pandangan dari depan....macam ni lah rupa topi ni kalau baby pakai.....cute tak? hehe....

Ada lagi ni beberapa projek yang berjaya siap sebelum raya hari tu....cuma tak sempat nak tunjuk kat blog je....insyaAllah kalau mood rajin masih lagi setia di sisi....ada lagi lah entry2 baru yang akan menyusul ye.....heheh....sebab sekarang ni bukannya tak rajin nak berblog, tapi ada macam2 benda nak buat....terutamanya nak jahit barang2 baby yang masih lagi 'in progress' tu.....huh....harap2 sempat la settlekan semuanya......sekarang ni dah 32 minggu......so,tinggal lagi 8 minggu je.....itu pun kalau betul2 on due......kalau awal macam aleesya dulu? huhu.......ok,ok.......jom kita bereskan kerja ye......:))

Sunday, September 16, 2012

Salam penghujung lebaran 2012

 Hari ni genap 29 Syawal 1433 H....sedar tak sedar dah nak abis dah bulan syawal ni ye...kejap je rasa kan...so, terpaksalah saya buat entry kali ni dengan tajuk "salam penghujung lebaran....." hehe....itulah, tangguh2 lagi nak buat entry raya....dah hujung2 baru teringat nak buat...;)

So, citer sikit2 jelah ye....tema baju raya kami tahun ni....HIJAU! sebenarnya plan asal nak cari hijau lumut....cari punya cari, susah sangat nak jumpa yang berkenan dan yang boleh matching tiga2 sekali (sebenarnya berempat ni...nampak tak baju mamaleesya agak sendat sikit tuu....oopps..)....akhirnya terpaksalah bertemakan hijau campur2....haha....dalam gambar ni tak jelas sangat warnanya...kalau tengok live....cewah...ketiga2 kaler hijau ni semuanya tak sama....lantaklah.....janji bertema......hihi.....;)

Tahun ni kami beraya di Kedah....raya ketiga baru balik ke kampung saya di Jengka Batu 13....ok, tak nak citer banyak2, jom tengok lagi gambar2 raya kat bawah ni....
Oklah, salam lebaran dan salam sayang dari kami sekeluarga....insyaAllah, dipanjangkan umur, kita jumpa lagi di lebaran akan datang.....babai! :))

Monday, September 10, 2012

8th Giveaway by Umiyumi2

Assalamualaikum kepada pembaca2 blog semua....dah lama sangat rupanya saya tak update blog ni.....(ceh....buat2 tak perasan pulak...;) padahal mood yang takde...hati ni memang meronta2 nak buat entry...tapi dah mood yang tak nak datang...nak buat macam mana kan...heheh...
So, untuk nak mengaktifkan semula blog saya yang dah semakin suram ni, apakata kita join dulu giveaway dari umiyumi2 ni...best tau! nak tahu apa hadiahnya? tengok kat bawah ni.....
Kuali jenama Tefal bersaiz 28cm....

Hmmm, kalau lah saya dapat kuali ni... tiap2 hari kita buat 'pek nga'... kan abah? hahaha.... :D
Jom lah kita pakat join ramai2....tarikh tutupnya ialah pada 25 September 2012 tepat jam 12 tengah malam...ok, kalau berminat nak join boleh klik kat SINI.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews